Monday, August 23, 2004

OKB Kay_Rex membayangkan RM yang terbang

Pada 20/08/04 (Jumaat) OKB Kay_Rex & OKB Benz telah menganjurkan sesi makan di Nandos pada jam 5.45ptg.Sebenar nyer kitorang berjanji nak berjumpa dalam pukul 5.00ptg...,namun OKB Kay_Rex terpaksa menunggu OKB Benz yang tetiba pulak ada hal.Cipan tul laa....aku siap tertido dalam kete.Tepat jam pukul 5.45ptg OKB tu call aku mengatakan mereka dah sampai.Aduhhh....mengantuk lak tapi makan free punya pasal aku menjadik cergas dan laju je turun ke SOUQ Putrajaya.Ehehehh...

OKB sedang beraksi menyembelih ayam

Memandangkan diorang beria-ia meng`offer aku untuk makan apa saja yang aku nak...,aku segan eheheheheh so aku order 1/2 ayam je.(banyak ker???) dan ice lemon tea yang perghhhh sedap gilos baban.OKB berdua tu lak makan secara normal dan bersesuaian dengan saiz dioarang iaitu 1/4 ayam sahaja.Ermmm....aku sebenarnyer bukan laa buruk makan cuma memang aku minat sangat dengan Nandos nih.


Lerrr...tinggal tulang je ke???

Apa lagi...sesi memakan ayam nyam...nyam...nyam...pun bermula dengan hangatnyer.Kena lak aku order Extra Hot Peri-Peri Chicken dan tuang lagi Extra Hot Sauce...perghhhh ice lemon tea tu sekejap je habis.Nasib baik sebelum sesi makan bermula aku sempat beli F&N orange crush 1.5L.Kira back up beverage laa.(Pandai gak aku!!!)


OKB Benz berposing manja(kata dia laa)

Anyway aku rasa amat berterima kasih yang teramat sangat kerana OKB berdua nih sudi memayung majlis sesi makan Nandos pada kali nih.OKB Benz mencadangkan agar kitorang membuang duit dengan bermain bowling laa pulak pada masa akan datang.(Idea menarik nih)Aku akan memajukan usul nih kepada General Manager Operation # RadioAktif iaitu Ir.LaPan untuk pertimbangan beliau.Apa nak buat...,ok gak kalau main bowling kan...kan...kan...takder laa asyik makan je....ehehehhhh....

No comments: